Pages

Tuesday 29 May 2012

Festival Nasyid Sekolah

Assalamualaikum w.b.t..
       Korang pernah tak dgr kumpulan nasyid bufana2?..tak?..kesian..haha..mmg tak popular pun la..kalau kat daerah Samarahan ni,mungkin la famous skit...ala,ku nak ceciter la pnglmn yang mungkin m'beri seribu satu makna dalam hidup..(wah,mendalamnye word aku nie >.<)..nak cerita2..panjang la..tapi aku ringkaskan aje la..geng nasyid diketuai Jihad or Acing..trademark team nie adalah "syalala"..pelikkan??..haha..asalnye kmpln ni mcm tak nak je org sokong b'coz takde org yang berani memberi harapan kemenangan trmsok la pihak sekolah sendiri..atas usaha ustazah ana yang kiut-piut..alahai..haha..beliau snggp jga kteorg b'latih..wlaupun beliau tidak berpengalaman but tapi ok lah..sekurang-kurangnye ada org yang tolong merakam latihan,ptndingan kteorg..mybe skrg ni dah b'penglman kot..nak tengok muka beliau..kat hujung blog ni k??..(adoyai,apahal aku kata dia ni 'Beliau' cam pelik je bunyi ar)...smbong crta,mula la kiteorg bertanding 12-13 April 2011..peringkat bahagian..dpt no 3..takpe pemulaan yg baik..mungkin time tu kami belum 'ngam' sgt kot..n smbong lak..ktaorg btnding 27-29 Mei..alhamdullilah..kiteorg dpt juara kt peringkat daerah n bahagian..perjuangan Bufana2 diteruskan di MRSM Betong..kteorg bertanding peingkat negeri pulak..wow,dh peringkat negeri..fact,bufana2 target juara..but,takde rezeki b'coz team laen power2 lagi dari kteorg..oklah dpt no 3 lagi..pencapaian tu dah cukup memecahkan rekod festival Nasyid Samarahan..hehe..bangga la jugak..mungkin ada hikmah kteorg tak dpt juara kot..Waallahu'alam..K la all,sori la..ku tak pndy buat blog..btw,ku dah upload sedikit gambar utk korng semua..have a look..bye n wsalam..

  
Kalau korang nak tengok video nasyid kteorg..klik link ni...http://www.youtube.com/watch?v=OnjXkOqeyQY
     

Thursday 5 April 2012

Khas untuk muslimah..

assalamualaikum..
korng mesti dah biasa ttg facebook.myspace,twitter or whatever la..saya nak beri satu tguran sedikit la yang khasnya kepada golongan yang bergelar wanita..profile pict korng mcm mna ea??..bertudung?..tidak bertudung or bkn gmbr bnda laen..kalau bertudung tu alhamdulilah,kalau tak bertudng tu.nauzubilah..korng tahu knape saya kata mcm nie..setiap org yang mlihat gmbr profil korng confirm dpt dosa..n korng nak sbr dosa mcm tu je??..dh la penyebar tu dpt dosa,org tengok tu pun dpt dosa..kesian..sal pakai tudung tu,pkai la ikut syariat islam..jgn la pkai tudung mcm bonggol unta,tudung kecik n pa2 yang tdk sesuai la..just imagne..kta la korng meninggal dunia,(aku tak mntk la)..pict korng yng seksi seksa gitu..tak tutup aurat..bru2 ni berlaku ksh..seorang  muslimah telah meninggal dunia..apa yang mengejutkan ialah ibunya brmimpi dan menyatakan bahawa arwah anaknya diseksa kerana gmbr profilnya yang tidak menutup aurat..nauzubillah..sedarlah,pict tu akan menyusahkan korang dalam kubur nanti..selagi pict tu maseh ada..selagi tu korng kena seksa..hadith dari rasullulah s.a.w yang kira2 bermaksud : 
"dua golongan di kalangan ahli neraka iaitu kau yang bersama seperti ekor lembu yang digunakan memukul org lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelannjang yang condong kepada maksiat dan menarik org lain kepada maksiat.sanggul dikepala mereka ditusuk seperti bonggol unta yang sangat lemahMereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak yang demikian dan demikian"..(riwayat muslim)..wahai manusia,mustahil kita sebagai manusia biasa ni takkan lepas dari perbuatan yang bergelar dosa..maaf lah jika artikel ini menyentuh sensetiviti hati sebahagian dari korng..namun niat saya hanya untuk menegur..semoga kita mendapat keredhaan-Nya..wsalam.. 

Friday 23 March 2012

Member2 Bilik b2..2012..



Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni sye nak berkongsi sdikit crta ngan korang..nampak tak gambar sbelah tu ==>>
he3,tu nma ahli2 bilik korang..bilik B2,Uthman bin Affan..bilik ni di "Conquer" oleh budak2 senior termasok sye lah...90% adlah geng2 kmi form5..n sorng je form 1..cmner la bdk tu leh Survive kat blik kteorg arr...nak sbut nma srng2 ahli bilik nanti penat tgan sye typing lak..tak yah la..gmbr tu kan dah ade..





Yeahman..
tengok3..kteorg mng piala pusingan bilik t'bersih la..wow,amazing..haha..ntah cmner leh mng bnde nie..mungkin terlanjur kot..or mmg blik kteorg yg t'baek kat asrama llaki kot..he2..bngga tak abis2~
aaa..pa lgi ye..jap2..ada lgi pict yg sye nak share kat krang smue..he3




haha..posing2 tak abis2..
wah..mmg besar lbang idong bdk tu kan   ==>
nie la slh sorng ahli blik kteorg...mr.Nuraffik or call je bdk seekor ne "Mbedah"..kck x??..ada la skit kan??..he3..
hiasan blik kteoeg simple je..kbykan m'gunakn brng kitar semula la..cth nye cm kertas2 lme,newspapers,poster2 n etc..bungkusan sgla mknan cm mee sedaap,kropok mimi,cadbury ke ape..tak termsok ea..he3  >.<  





sebelum sye chaww dri blog yg tak sberpe ni..sye nak kongsi stu lgi pict ar..ne la muka2@penghuni2 bilik B2 ar..Hensem2 + Kiut2 kan??..takde la gurau je la..ok..that's all..thanks 4 reading all..take care..bye2..tata n wsalam..




Tuesday 20 December 2011

TAKUT by Dr. Mahathir bin Mohamad

TAKUT

 1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.


10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.